Pencemaran Udara

Pencemaran Udara

Pencemaran udara sudah mencecah tahap berbahaya, serentak dengan keadaan dunia yang semakin sesak dan panas manakala enjin kenderaan berterusan mengeluarkan gas beracun.

WHO berkata sembilan daripada setiap 10 penduduk bernafas menggunakan udara tercemar yang juga pembunuh kepada tujuh juta manusia setiap tahun. “Kesan kesihatan akibat pencemaran udara adalah serius, 1/3 kematian akibat strok, kanser peparu dan jantung adalah kerana pencemaran udara.

“Pencemaran udara sukar untuk dielakkan, tidak kira betapa mewah kawasan yang anda diami, ia ada di sekeliling kita,” Pencemaran mikro di dalam udara boleh melepasi sistem pertahanan tubuh dan meresap masuk jauh ke dalam sistem pernafasan dan peredaran, seterusnya menjejaskan peparu, jantung dan otak.

Udara yang dihirup setiap hari semakin tercemar apabila dunia menjadi semakin panas setiap hari manakala enjin kenderaan berterusan mengeluarkan gas beracun.

Bumi semakin tenat disebabkan Pencemaran !

Bumi semakin tenat dan bertambah buruk.  selama dua puluh lima tahun selepas saintis seluruh dunia mengeluarkan amaran pertama mengenai bahayanya pencemaran di bumi, kini sekali lagi saintis mengumumkan bahawa keadaan bumi semakin tenat dan bertambah buruk. Juga dikata kan seramai 15,000 saintis dari 184 buah Negara telah menandatangani surat “ AMARAN SAINTIS DUNIA KEPADA KEMANUSIAN” juga telah disiarkan notis kedua tersebut di dalam BIOSCIENCE.

Ini terjadi kerana terdapatnya ancaman besar terhadap alam sekitar disebabkan oleh pertambahan penduduk, kerakusan manusia untuk membina bangunan di zaman era pembangunan. Disebalik pertambahan penduduk terdapat lebih besar ancaman terhadap bumi seperti pemanansan global dan pembebasan karbon disebabkan bahan api fosil. Selain itu juga berlakunya pembalakan haram diserata dunia dan kekurangan air bersih menyebabkan kehilangan kehidupan marin dan zon mati lautan yang semakin luas.

Setelah saintis mengeluarkan notis kedua, ini bermakna keadaan bumi benar-benar tenat dan semakin buruk. Keadaan ini amat membimbangkan. Dan penduduk dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil langkah untuk mengurangkan berlakunya pencemaran di dunia ini.

Udara boleh menyebabkan terjadinya penyakit berbahaya?

Udara merupakan salah satu keperluan terpenting dalam kehidupan kita, tetapi kita sendiri tidak sedar selama ini kita menyedut udara yang sangat tercemar tanpa udara kita ditapis oleh mana-mana teknologi. Tanpa kita sedar udara yang tidak ditapis oleh penapis udara menyebabkan berlaku kemerosotan kesihatan terhadap manusia, malah manusia lebih mudah untuk terkena penyakit yang berbahaya.

Antara penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara adalah, Bronchitis kronika. Bronchitis kronika adalah disebabkan oleh asap rokok, debu, asap yang dikeluarkan oleh kilang serta tahap polisi udara. Ia dianggap bersifat serius kerana boleh menyebabkan berlakunya kanser terhadap manusia.

Emphysema juga merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh pencemaran udara, Emphysema merupakan salah satu jenis chronic obstructive pulmonary disease (COPD), dimana saluran-saluran udara yang terdapat di paru-paru perlahan-lahan akan rosak dan akan mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Emphysema terjadi desebabkan oleh asap rokok, keadaan polisi udara, habuk dari batu bata atau silica dan salah satu juga adalah disebabkan keturunan.

Seterusnya adalah kanser  paru-paru. Kanser merupakan pembunuh no1 di dunia. Dan sehingga kini masih tidak ditemui ubat yang boleh membunuh 100% sel kanser didalam badan manusia. Kanser paru-paru terjadi disebabkan oleh asap rokok tembakau. Menurut kajian juga, orang yang tidak merokok tetapi terdedah dengan asap rokok juga boleh menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.

Astma juga boleh dikatakan terjadi disebabkan keadaan udara yang semakin tenat. Udara yang kotor akan menyebabkan saluran pernafasan mula rosak dan membengkak, dan disebabkan itu, akan berlakunya kesukaran bernafas. Yang paling membimbangkan astma juga boleh menyebabkan kematian. 

Leave a Reply