Paying It Forward

Paying It Forward

Antara filosofi yang menjadi teras kepada perniagaan “Network Marketing” adalah anda berkerja berteraskan inspirasi bukan sebab terdesak terhadap kewangan

Ingat ketika anda sendiri baru nak merangkak dalam perniagaan “Network Marketing”, ingat bagaimanakah perasaan anda dan semua perkara yang telah anda belajar.  Sekarang anda sudah menjadi leader, anda tidak perlu membayar apa-apa kepada upline anda, tapi anda boleh bayar kehadapan dengan membantu downline anda dengan ikhlas tanpa syarat selagi mereka mahu berjaya.  Hidup ni bukan bukan kerana aku hendak itu dan ini tapi adalah berkenaan kita semua.  Ia adalah bagaimana anda membalas jasa mereka yang bantu anda berjaya dengan membantu orang lain pula,lakukan sesuatu yang meniggalkan kesan dan membawa perubahan dalam hidup seseorang.

Ramai manusia yang mempunyai harta yang banyak tetapi mereka tidak gembira.  Mereka berjaya mencapai status dalam masyarakat dan berada di puncak kejayaan, tetapi mereka tidak merasa puas dan tenang, hidup tidak ada makna dan tujuan.  Dalam perniagaan “Network Marketing” ada formula mencapai kejayaan dengan seni merasa cukup dan berbesar hati.  Setelah berjaya anda boleh saja berhenti dan menikmati pendapatan pasif hasil dari pembinaan kumpulan dalam perniagaan “Network Marketing”, tapi yang memberi anda kepuasan dan ketenangan adalah apabila anda terus membantu dan jayakan lebih ramai orang tanpa syarat dan tanpa kepentingan diri.  Kejayaan tanpa kepuasan dan ketenangan adalah kegagalan terbesar dalam hidup.  Jika anda sangat sukakan apa yang anda buat, justeru memberi manafaat kepada orang lain, anda akan merasa berbesar hati rohani dan jasmani.  Anda kaya dari segi perhubungan, kasih sayang, kemasyarakatan dan perkembangan sahsiah diri.

Tidak kah anda menjadi bahagia apabila anda kembangkan pengetahuan anda dan membantu lebih ramai manusia? Kembangkan kebahagian yang sama terhadap orang lain.  Ibarat pokok apabila tumbuh membesar akan bertambah hijau dan menjadi teduhan kepada makhluk lain.  Tapi buah apabila telah masak dan tidak di petik ia akan menjadi busuk dan gugur.  Itulah sebabnya anda perlu memikirkan sentiasa maju berkembang dan menyumbangkan tenaga, masa, harta anda untuk pembanggunan orang lain.

Pastikan anda terlibat dalam merealisasikan impian orang lain yang lebih besar dari impian anda sendiri.  Lakukan sesuatu yang berharga, memberi kesan yang positif dan transformasi diri yang luarbiasa.  Ganjarannya adalah melebihi nilai wang ringgit dan harta dunia.  Ia terlahir dari inspirasi untuk meneruskan kesinambungan membalas budi dengan cara menabur budi kepada orang lain pula.

Leave a Reply