Bagaimana menukar eBook format PDF ke Kindle AZW format

Bagaimana menukar eBook format PDF ke Kindle AZW format

Bagi sesiapa yang ada kindle book atau menggunakan applikasi kindle pada gadjet anda untuk membaca eBook anda boleh tukarkan ebook PDF anda untuk dibaca dalam kindle atau applikasi kindle.

Mula-mula anda perlu register dengan amazon dulu.  Taip www.amazon.com dan “create account” dan sign-in.

Kindle ada sebuah buku elektronik yang dikeluarkan oleh amazon untuk anda beli ebook dari amazon atau muat turun dokumen kedalam kindle.  Kelebihan kindle adalah anda muat turun banyak ebook akan rasa seperti membaca buku betul dan anda boleh bawa library anda kemana-mana

create account menggunakan e-mail dan password anda

sign-in menggunakan email address dan password anda

setelah sign-in nama anda akan tertera seperti diatas dan klik pada account & Lists

amazon8

Klik pada your content and devices dan klik preferences

Setelah anda klik "Personal Document Settings" anda akan dapati e-mail @ kindle yang telah diset oleh amazon mengikut device anda. Anda boleh pilih salah satu email yg anda suka. Contohnya saya memilih "atinsuy_68@kindle.com"

Scroll ke bawah sampai anda jumpa "Approved Personal Document E-mail List". Email address anda semasa anda mendaftar dengan amazan akan tertera disini. Anda juga boleh menambah e-mail address dengan klik pada "add new approved e-mail address"

Seterusnya anda pergi ke e-mail address yang anda register dengan amazon tadi dan pilih “Compose” seperti anda hendak menghantar e-mail baru.  Taipkan e-mail kindle di bahagian “To” dan dibahgian subject taip “convert” dan lampirkan dokumen yang anda pilih. amazon akan faham bahawa anda hendak tukar format dokumen yang dilampirkan.  Setelah itu tekan send.

Lepas tu on kan kindle book anda dan klik pada setting

Klik pada “Sync Your Kindle” dan amazon akan download dokumen itu ke semua device kendle anda seperti android phone, Iphone, Ipad, tab dan lain-lain.  Untuk smart phone dan device lain-lain anda perlu download applikasi “kindle” kedalam smart phone anda dahulu dan kemudian log-in menggunakan email dan password yang telah anda register.  Semua ebook yang anda beli melalui amazon akan dimuat turun ke dalam applikasi itu.

Tekan ikon kindle pada smart phone anda dan klik pada "MORE" dibahagian bawah sebelah kanan

Klik pada "Sync" dan dokumen anda akan dimuat turun. Setelah selesai anda boleh klik pada dokumen untuk membaca

Diharapkan blog ini dapat memberi banyak manafaat kepada anda dan dapat memupuk budaya membaca terutamanya kepada golongan BBNU.  Anda boleh membeli kindle dari amazon store.  Terima kasih dan selamat mencuba.

Leave a Reply